页面

2013年11月14日星期四

langkah-langkah menguruskan kesan jerebu



JEREBU

Maksud:
Jerebu ialah keadaan kehadiran partikel terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah di dalam keadaan udara kering. Pada amnya fenomena jerebu juga berpunca daripada pencemaran udara.

Punca-punca berlakunya jerebu
Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap kualiti udara yang teruk ialah IPU 101-400. Masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia iaitu pertama melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam sekitar seperti yang dilakukan di Kalimantan dan Indonesia akhir-akhir ini telah menyebabkan masalah jerebu di negara kita.
     Kedua, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan perindustrian yang menggunkan minyak dan arang batu sebagai bahan api. Selain itu bahan-bahan pencemar juga dilepaskan daripada proses-proses yang terdapat di dalam industri seperti industri petrokimia dan industri kuari. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang. Industri yang berasaskan kayu juga mengundang masalah masalah jerebu. Bahan-bahan buangan sisa industri ini seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit kayu dan serpihan-serpihan kayu biasanya dilupuskan secara dibakar. Pembakaran akan menyebabkan karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon di samping debu, dan habuk terampai dibebaskan ke udara yang kesemuanya boleh manambah-burukkan lagi masalah pencemaran udara dan jerebu.Selain itu, asap hasil dari pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya juga menyebabkan pertambahan asap-asap di kawasan sekitarnya.
       Ketiga,masalah jerebu juga berpunca daripada faktor semulajadi iaitu fenomena El-Nino. Akibat dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan pergerakan angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa yang sama, Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering memudahkan kebakaran hutan seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas ke ruang udara dan terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan yang berjerebu.
       Jerebu juga terjadi akibat letupan gunung berapi.Contohnya letupan gunung berapi Krakatoa dalam tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali 1963, yang telah banyak mengeluarkan habuk dan gas-gas ke dalam udara

Kesan-kesan jerebu
Terdapat banyak kesan negatif akibat jerebu. Antaranya ialah, ia boleh menjejaskan kesihatan manusia serta binatang dan boleh membantutkan tumbesaran tumbuhan. Kesan kesihatan manusia yang paling ketara ahíla terhadap sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, nemonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. Bagi haiwan pula,, kesihatan terganggu sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuh-tumbuhan yang diselaputi oleh zarah-zarah beracun. Teranakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan makanan.
     Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan menyerakkan cahaya matahari. Pengurangan jarak penglihatan membawa masalah besar kepada aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Ia akan mengganggu aktiviti perkhidmatan udara dan laut serta ketidaklancaran perjalanan darat.
        Risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan papal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar. Di dalam kes jerebu 1997, negeri Sarawak merupakan negeri yang paling teruk dengan IPU mencecah angka 800. Sarawak diisytiharkan darurat Jerebu selama hampir seminggu. Akibatnya, sebahagian besar aktiviti ekonomi di bandar Kuching lumpuh dan semua sekolah terpaksa ditutup.
     Selain daripada itu, jerebu juga memberi kesan kepada sektor pertanian kerana menghalang kemasukan cahaya matahri yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan proses fotosíntesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan buah berkurangan. 
       Selimut jerebu ini biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan, meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekaligus mengganggu keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara.

Langkah-langkah mengatasi masalah jerebu
Antara langkah yang boleh diambil ialah tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian.

Kedua, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan arbón dioksida, karbón monoksida dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.

Ketiga, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.

Keempat, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermaslah dan mengambil tindakan susulan untuk mengatasi maslah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas yang berlebihan dapat diatasi

Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran dan pada peringkat global diperlukan untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian saintifik dan kajian saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini.

langkah-langkah mengurus kesan pembakaran terbuka

Pengenalan
Pada masa ini, di mana-mana negara sekalipun, baik di negara membangun mahupundi negara sedang membangun ,masalah pencemaran udara sering berlaku. Negara kita turut mengalami masalah tersebut. Namun begitu,hutan menjadi habitat bagi flora dan fauna, kedua – duanya memainkan peranan dalam mengekalkan rantaian yang mengikut antara satu sama lain.Flora dan fauna mewujudkan ekosistem yang sejahtera.Hutan yang tidak diusik atau tidak pernah diterokai menyumbang kepada kestabilan iklim setempat.Iklim tidak berubah secara drastik kerana kitaran alam semulajadi di persekitarannya tidak diubah.Begitu juga ,iklim boleh mempengaruhi kemandirian flora dan fauna.Pembakaran hutan akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering serta menjejaskan kesihatan kita.Manakala flora dan fauna pula kehilangan habitat. Fenomena jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini berpunca daripadapembakaran hutan secara terbuka bagi tujuan pembersihan tanah pertanian disekitar Riau,Sumatera ,Kalimatan dan Indonesia.Fenomena tersebut kian mengancam tahap kualiti udara negara sehingga paras berbahaya sekaligus menyulitkan jarak penglihatan .Akibatbencana jerebu ,kerajaan telah mengisythirkan darurat jerebu bermula 11 ogos 2005.Memandangkan masalah ini membawa kesan buruk kepada penduduk,puncanya perlu perlu dikenal pasti.
Punca-punca pembakaran terbuka
Punca utama masalah jerebu ialah pembakaran hutan,ladang,dan bahan sisa pertanian secara terbuka untuk membersihkan kawasan pertanian dan menyuburkan tanah selepas selesai kerja penuaian ,sesetengah petani mengambil jalan mudah dengan membakar sisa tanaman secara terbuka .Selain itu, hutan juga boleh terbakar akibat cuaca yang terlalu panas. Sesetengah pemajuperumahan juga melakukan pembakaran bahan sisa pembinaan secara terbuka .Semua tindakan ini merupakan punca masalah jerebu.Pembakaran hutan sering kerap berlaku kerana sikap manusia yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar.Mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata sehingga sanggup memusnahkan alam sekitar.Malahan itu,akibat daripada perbuatan mereka tersebut telah memberi pelbagai impak yang negatif dalam kehidupan seharian.Pakar sains dan teknologi memberikan sumbangan penting dalam penemuan teknologi kitar semula.Banyak bahan buangan dapat diproses semula untuk dijadikan tisu.Bahan sisa buangan juga dapat diproses untuk dijadikan sumber tenaga pada kos yang lebih murah. Kini, alat pembakar atau incinerator telah dicipta untuk proses pembakaran bahan sisa bagi menghasilkan sumber tenaga. Pembebasan asap daripada kilang perindustrian juga menyebabkan masalah jerebu. Di bandar-bandar besar,kebanyakan kilang menggunakan bahan api fosil sebagai sumber tenaga.Pertambahan kenderaan yang menggunakan petrol dan diesel di jalan raya turut menyebabkan peningkatan asap di udara. Akibatnya partikel terampai di udara bertambah dan seterusnya menurunkan kualiti udara. Seterusnya, masalah pencemaran udara dapat di kurangkan melalui penemuan sumber tenaga yang bersifat mesra alam. Petrol tanpa plumbum berjaya dihasilkan melalui proses kimia daripada bahan mentah petroleum.Petrol tanpa plumbum lebih bersih kerana pembakarannya sempurna,dan dengan ini pencemaran udara dapat dikurangkan. Sumber tenaga yang turut ditemui, misalnya sumber tenaga solar dan tenaga hidro.
Kesan-kesan pembakaran terbuka
Kesan jerebu yang paling membimbangkan ialah masalah pencemaran udara.Keadaan ini disebabkan banyak partikel terampai yang terapung dan terperangkap di udara sehinggamenyebabkan indeks udara mencapai tahap tidak sihat. Keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan orang ramai,terutama mereka yang alahan. Partikel terampai yang kotor boleh menyebabkan penyakit yang berkaitan dengan pernafasan.Mereka yang menghidap penyakit asma berisiko tinggi untuk menghadapi masalah sesak nafas,manakala mereka yang sihat juga mudah mendapat jangkitan batuk,mata gatal dan sakit tekak.Pencemaran boleh menyebabkan batuk, selesema,mata berair dan asma.Penyakit ini disebabkan pencemaran udara seperti peningkatan jerebu dan habuk di udara .Udara yang tercemar mengandungi partikel terampai yang boleh menjejaskan pernafasan, terutamanya kepada mereka yang alahan. Lazimnya, apabila berlaku jerebu atau wujud masalah debu dan habuk yang keterlaluan di sesuatu kawasan , jumlah penduduknya yang diserang penyakit pernafasan akan bertambah ,malah bagi kes yang serius, terdapat pesakit asma yang meninggal dunia.
Masalah jerebu juga boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas dengan teruk.Tanaman tidak dapat tumbuh dengan subur kerana cuaca terjejas.Pokok tidak dapatmenjalani proses fotosintesis seperti biasa kerana pancaran cahaya matahari tidak sampai ke permukaan bumi, dan dengan itu tumbuhan kekurangan cahaya. Jerebu diburukkan lagioleh ketiadaan hujan.dan cuaca yang lembap membantutkan pertumbuhan tanaman dan seterusnya menurunkan kualiti pengeluaran. Dari segi pertanian pula, hutan ditebang dan dibersihkan untuk membuka ladang. Tindakan ini boleh menyebabkan pencemaran alam dan seterusnya membawa kesan buruk kepada manusia dan persekitaran.
Langkah-langkah untuk Mengatasinya
Langkah yang paling berkesan ialah penguatkuasaan undang-undang pembakaran terbuka.pengharaman pembakaran terbuka didalam negeri boleh memberhentikan kegiatan membakar bagi menambah kepada masalah pencemaran udara teruamanya bagi kawasan- kawasan setempat berlakunya kebakaran. Penguatkuasaan undang-undang tersebut akan menunjukan bahawa kerajaan mengambil berat terhadap masalah pencemaran yang dihadapi. Langkah seterusnya ialah mengurangkan penggunaan sumber tenaga daripada bahan api fosil, misalnya petroleum dan arang batu. Penggunaan bahan api fosil, terutamanya minyak diesel sebagai sumber tenaga boleh menyebabkan pencemaran udara yang teruk. Keadaan ini disebabkan pembakarannya yang sempurna semasa proses penjanaan tenaga.
Kesimpulan
Sebahagian besar masalah jerebu di negara kita berpunca daripada kegiatan penduduk negara jiran.Kerjasama erat antara negara yang terlibat mesti diwujudkan untuk mengatasi masalah ini. Sebagai masyarakat yang penyayang, kita perlu berkerjasama untuk menjaga kebersihan kawasan persekitaran.Kebersihan amat tinggi nilainya dalam kehidupan kita. Aktivit yang boleh menyebabkan pencemaran udara haus dielakkan. Selain kerajaan setiap individu perlu mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka.

Langkah-langkah Menjaga Tumbuh-tumbuhan Semulajadi dan Hidupan liar


1 Kepentingan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar.

Hutan adalah khazanah alam yang sangat penting kepada manusia dan seluruh penghuni alam yang lainnya. Hutan penting juga untuk warisan generasi akan datang. Walau bagaimananpun, terdapat terdapat pelbagai kegiatan manusia yang menyebabkan tumbuhan semula jadi dan hidupan liar terancam. Banyak kawasan umbuhan semula jadi yang musnah dan sepsis hidupan liar yang hamper pupus.            Supaya kegiatan-kegiatan tersebut dapat dikawal, maka langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan hutan perlu dilaksanakan. Pemeliharaan hutan termasuklah usaha-usaha membela dan menjaga hutan supaya tidak musnah. Pemuliharaan hutan pula ialah usaha-usaha memperbaiki dan mengembalikan keadaan hutan yang telah tercemar kepada keadaan semula jadinya.

2 Langkah-langkah Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar.

Mewartakan Hutan Simpan dan Taman Negara.

Pelbagai langkah diambil oleh kerajaan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuhan semula jadi serta hidupan liar di Malaysia. Antaranya termasuklah mewartakan hutan simpan dan taman negara sebagai kawasan perlindungan hidupan liar.

            Majlis Perhutanan Negara ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengurus, memelihara dan memulihara hutan di seluruh Malaysia. Majlis ini mengawal semula kegiatan perhutanan dengan menetapkan keluasan hutan yang boleh ditebang di setiap negeri setiap tahun. Langkah ini memastikan kemusnahan berlebihan tidak berlaku. Selain itu, majlis ini akan memastika keadaan hutan asli dikekalkan dengan penubuhan kawasan hutan simpan, hutan lipur, hutan perlindungan hidupan liar dan taman negara.            Antara beberapa contoh kawasan hutan tersebut termasuklah Hutan Simpan Paya Laut Matang di Perak, Hutan Simpan Belum di Perak dan Hutan Simpan Sungai Lalang di Semenyih, Selangor. Manakala kawasan taman negara pula termasuklah Taman Negara Endau-Rompin, Taman Negara Niah, dan Taman Negara Kinabalu. Penebangan hutan dan aktiviti perburuaan hidupan liar di kawasan-kawasan ini adalah diharamkan. 
Rajah 16.1  Taman Negara- penebangan hutan dan perburuan hidupan liar diharamkan disini.

Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) turut bertanggungjawab dalam perlindungan hidupan liar di negara kita. Kawasan perlindungan hidupan liar yang pertama di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1903, iaitu Kawasan Perlindungan Chior di Perak. Kini, terdapat 55 kawasan perlindungan hidupan liar di seluruh negara.


Rajah 16.2  Taburan taman negara dan kawasan perlindungan hidupan liar di Malaysia.


Beberapa sepsis hidupan liar yang mengalami kepupusan telah dikenalpasti dan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972. Antaranya termasuklah badak sumbu, seladang, harimau, gajah, orang utan dan beberapa spesis burung.


Rajah 16.3   Spesis Burung yang terlindung



Penanaman Semula Pokok-pokok


Kawasan hutan yang telah ditebang telah ditanam semula dengan pokok-pokok. Penanaman semula secara percubaan dijalankan sejak tahun 1920-an di Semenanjung Malaysia. Hutan yang telah ditebang dan kawasan yang terbiar aktivti pertanian pindah ditanam semula dengan spesis pokok kayu keras seperti akasia, yemane, dan batai. Spesis pokok-pokok ini dapat tumbesar dengan cepat, iaitu dalam tempoh 15tahun. Projek penanaman semula ini dijalankan di negeri-negeri seperti Pahang, Johor, Selangor, Negeri Sembilan , Perak , Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.



 Penyelidikan Baka Tumbuhan

Baka spesis yang digunakan untuk penanaman semula ditetentukan selepas penyelidikan dijalanka oleh institute Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong. Program penghutanan semula juga telah dijalankan di kawasan Hutan Simpan Paya Laut di Larut Matang, Perak. Disini, spesis paya laut seperti bakau kurap dan bakau minyak ditanam. Spesis pokok-pokok yang digunakan dalam usaha penanaman semula mempunyai potensi bagi kegunaan masa depan.


Penubuhan Ladang Hutan.


Jabatan Perhutanan Malaysia menubuhkan lading hutan untuk mendapatkan bekalan kayu kayan yang berharga secara berterusan. Kira-kira 30% kawasan di Malaysia dijadikan Hutan Simpan Kekal. Hutan ini ditanam secara peradangan dan ditebang mengikut giliran selepas 30 atau 55 tahun. Hanya pokok yang cukup besar yang dipilih untuk ditebang. Penanaman semula pokok baru akan dijalankan di kawasan ini untuk menggantikan pokok-pokok yang telah ditebang

            Penubuhan lading hutan juga mengurangkan penebangan pokok dihutan asli. FRIM dengan kerjasama Universiti Pertanian Malaysia berusaha menjayakan projek lading hutan di Malaysia.  Kedua-dua institusi  ini memilih baka seperti akasia , yemane dan batai.


Rawatan silvilkultur

Rawatan silvilkultur memastikan hanya pokok-pokok yang berharga yang diberi peluang tumbuh. Pokok-pokok yang tidak bernilai dan bersaing dengan pokok lain diracun atau dipotong. Rawatan silvilkultur dijalankan di lading-ladang hutan. Langkah ini bertujuan untuk memelihara spesis pokok yang semakin pupus seperti cengal, jelutong dan rotan.


Pengawalan Pembalakan Hutan

Jabatan Perhutanan Malaysia menguatkuasakan beberapa undang-undang untuk mengawal pembalakan haram dan pemburuan hidupan liar. Antaranya termasuklah Akta Perhutanan Negara (Pindaan 1993) dan Enakmen Industri Berasaskan Kayu (1989). Melalui akta ini, tindakan undang-undang dapat diambil dan hukuman berat boleh dikenakan terhadap pihak yang melakukan kegiatan pembalakan haram atau pencerobohan hutan.


Pertubuhan Alam Sekitar.

Malaysia bekerjasama dengan negara-negara ASEAN untuk menjaga , memelihara dan memulihara hutan mengikut Persetujuan Jakarta 1981. Badan-badan seperti Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF), Persetujuan Pencinta Alam (MNS) , dan FRIM berusaha untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya memelihara dan memulihara alam sekitar.


16.3    Cadangan Langkah Lanjutan untuk Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar.


Pemuliharaan Bekas Lombong

Pakar perhutanan dari FRIM  telah membuat kajian dan mendapati bahawa spesis pokok tembusu, batai dan gelam dapat ditanam di kawasan bekas lombong yang ditinggalkan. Spesis-spesis ini dapat menghasilkan kayu api atau serpihan kayu untuk dibuat kertas. Pokok akasia dapat juga ditanam di kawasan ini. Spesis ini akan menghasilkan balak dan meyuburkan tanih. FRIM telah berjaya menanam pokok akasia dikawasan bekas lombong bijih timah di Batang Berjuntai, Selangor.

Undang-undang Perlindungan Flora

Kerajaan negeri Sarawak telah mengubal undang-undang untuk melindungi beberapa spesis flora. Beberapa spesis pokok bakau, periuk kera, orkid dan palma dan semua spesis Rafflesia diharamkan dipungut untuk dijual. Hukuman berat dikenakan terhadap orang yang melakukan perbuatan tersebut.


Mewujudkan Ladang Jati


Penanaman spesis berharga seperti pokok jati dilaksanakan di Perak, Kedah, Perlis dan Selangor. Penanaman pokok ini patut diperluas dikawasan lain yang sesuai. Setiap hektar tanah yang ditanam dengan pokok jati dapat menghasilkan pendapatan antara RM650 000 hingga RM 731 250. Pokok jati hanya memerlukan 15 hingga 25 tahun untuk cukup besar.


Rajah 16.5  Penanaman pokok jati mendatangkan hasil yang lumayan
Kitar Semula Kertas


Orang ramai perlu sedarakan kepentingan  mengitar semula kertas. Permintaan terhadap kertas untuk penerbitan surat khabar, buku dan majalah semakin meningkat. Pada tahun 2000, kerajaan Malaysia membelanjakan kira-kira RM 4 juta setiap bulan untuk mengimport 23 000 tan kertas bagi tujuan ini. Jumlah ini dijangka akan meningkat dari setahun ke setahun.


Perlindugan Hidupan Liar.

Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak mempunyai undang-undang sendiri untuk melindungi hidupan liar. Namun begitu, undang-undang ini masih tidak dapat melindungi spesis yang diancam kepupusan. Perburuna haram masih berlaku dengan berleluasa. Kawalan yang lebih ketat perlu dilaksanakan dan lebih banyak kawasan yang perlu dijadikan kawasan perlindungan hidupan liar. Orang ramai perlu juga diberi penerangan untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya memelihara hidupan liar kita.


Rumusan








Punca dan Langkah Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar


Pembangunan tanpa batasan merupakan perubahan kian pesat yang berlaku di negara kita pada alaf globalisasi ini. Namun, kemajuan dalam sektor perindustrian telah di kecapi hari ini sedikit tercalar impak daripada sikap manusia yang tidak bertanggungjawab. Masyarakat yang bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing tidak mengendahkan kebersihan alam sekitar. Adakah kita ingin membiarkan alam sekitar terjejas semata-mata supaya dapat mengejar kemajuan? Apakah peranan kita sebagai masyarakat untuk menangani masalah ini? Hal ini demikian kerana alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita. Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya mensyukuri nikmat pemberian Tuhan. Oleh itu, langkah-langkah yang proaktif perlu diambil untuk memelihara anugerah ciptaan-Nya.

Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia. Hal ini demikian kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran kepada alam sekitar selain akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar. Apa yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan pendingin hawa merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius. Akibat daripada penggunaan racun serangga dan pendingin hawa,berlakunya penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) yang amat berbahaya kepada masyarakat di jagat raya. Kesannya, masyarakat mudah dihidapi penyakit-penyakit yang berbahaya seperti katarak mata, barah kulit dan sebagainya. Hal ini turut memberi impak kepada ekonomi negara kerana terpaksa mengeluarkan dana yang amat besar bagi menampung kos perbelanjaan hospital. Oleh itu, penggunaan bahan kimia ini perlu dikawal oleh kerajaan dan pihak swasta supaya kita dapat menjaga alam sekitar yang dianugerahi oleh Tuhan. Tegasnya,langkah menangani masalah pencemaran alam sekitar adalah dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia.

Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang berkaitan aspek penjagaan kebersihan persekitaran. Hal ini amat signifikan sebagai langkah menjaga alam sekitar kita. Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang yang telah dibina oleh kerajaan yang mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan? Hanya segelintir sahaja kilang yang mematuhi piawaian kebersihan. Dalam kebanyakan kes, pelepasan asap kilang dan pembuangan sisa toksik ke dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka terus berlaku tanpa kawalan. Sikap pengilang ini bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana menyebabkan berlakunya pencemaran air. Hal ini turut menyebabkan kepupusan hidupan akuatik kerana sisa toksik daripada kilang-kilang mengurangkan peratusan oksigen di dalam air. Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harus diperketat lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Jika hal ini tidak dibendung, masyarakat akan mengalami masalah kekurangan air bersih dan sumber protein. Bukan itu sahaja, majoriti masyarakat akan mendapat penyakit yang dikenali sebagai kwashiorkor akibat kekurangan protein.

Bukan itu sahaja, program kitar semula yang di uar-uarkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian kerana mampu mempertingkat kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar. Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya membuka mata akan sahutan kerajaan. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproses menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh juga dijadikan tisu. Keadaan ini dikatakan “sambil menyelam minum air”. Melalui cara ini, sumber-sumber alam seperti pokok yang digunakan bagi mendapatkan bahan mentah untuk memenuhi keperluan asas manusia dapat dikurangkan. Selain itu, negara juga dapat menjimatkan kos bagi mendapatkan keperluan-keperluan manusia sekali gus dapat memelihara kebersihan alam sekitar. Tegasnya,  program kitar semula ialah salah satu cara untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.

Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijaga melalui kempen kesedaran sivik yang berterusan supaya rakyat dan dapat menjaga alam sekitar sejak kecil kerana “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat diseru untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan ini, sedikit sebanyak langkah ini dapat menyedarkan manusia yang lalai tentang kebersihan alam sekitar. Jadi, kempen kesedaran ini akan dapat mencapai matlamatnya sekiranya semua rakyat sedar akan kepentingan alam sekitar seterusnya dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar senantiasa bersih dan dijaga. Sekiranya masyarakat tidak mengendahkan sahutan kerajaan dan bersikap mementingkan diri sendiri, pastinya negara kita akan tercemar. Tegasnya, kempen kesedaran sivik juga penting dalam usaha untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.

Konklusi, banyak langkah yang boleh dipraktikkan bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Oleh itu, sikap bagai aur dengan tebing antara rakyat Malaysia dengan kerajaan amat diperlukan dan tentunya akan lebih bermakna agar hasilnya kelak akan memuaskan hati semua orang. Hal ini amat dititikberatkan kerana kebersihan juga merupakan separuh daripada iman. Kebersihan alam sekitar juga amat penting bagi menarik pelancong-pelancong dari seantero dunia dan seterusnya mendorong negara kita ke arah mencapai Wawasan 2020. Bahkan, kita patut menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menggembleng tenaga menjaga kebersihan dan keamanan negara Malaysia sinonim dengan slogan negara “Negara Bersih, Rakyat Sihat”.