Beberapa sepsis hidupan liar yang mengalami kepupusan telah dikenalpasti dan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972. Antaranya termasuklah badak sumbu, seladang, harimau, gajah, orang utan dan beberapa spesis burung.
 |
Rajah 16.3 Spesis Burung yang terlindung |
Penanaman Semula Pokok-pokok
Kawasan hutan yang telah ditebang telah ditanam semula dengan pokok-pokok. Penanaman semula secara percubaan dijalankan sejak tahun 1920-an di Semenanjung Malaysia. Hutan yang telah ditebang dan kawasan yang terbiar aktivti pertanian pindah ditanam semula dengan spesis pokok kayu keras seperti akasia, yemane, dan batai. Spesis pokok-pokok ini dapat tumbesar dengan cepat, iaitu dalam tempoh 15tahun. Projek penanaman semula ini dijalankan di negeri-negeri seperti Pahang, Johor, Selangor, Negeri Sembilan , Perak , Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.
Jabatan Perhutanan Malaysia menubuhkan lading hutan untuk mendapatkan bekalan kayu kayan yang berharga secara berterusan. Kira-kira 30% kawasan di Malaysia dijadikan Hutan Simpan Kekal. Hutan ini ditanam secara peradangan dan ditebang mengikut giliran selepas 30 atau 55 tahun. Hanya pokok yang cukup besar yang dipilih untuk ditebang. Penanaman semula pokok baru akan dijalankan di kawasan ini untuk menggantikan pokok-pokok yang telah ditebang
Penubuhan lading hutan juga mengurangkan penebangan pokok dihutan asli. FRIM dengan kerjasama Universiti Pertanian Malaysia berusaha menjayakan projek lading hutan di Malaysia. Kedua-dua institusi ini memilih baka seperti akasia , yemane dan batai.
Rawatan silvilkultur
Rawatan silvilkultur memastikan hanya pokok-pokok yang berharga yang diberi peluang tumbuh. Pokok-pokok yang tidak bernilai dan bersaing dengan pokok lain diracun atau dipotong. Rawatan silvilkultur dijalankan di lading-ladang hutan. Langkah ini bertujuan untuk memelihara spesis pokok yang semakin pupus seperti cengal, jelutong dan rotan.
Pengawalan Pembalakan Hutan
Jabatan Perhutanan Malaysia menguatkuasakan beberapa undang-undang untuk mengawal pembalakan haram dan pemburuan hidupan liar. Antaranya termasuklah Akta Perhutanan Negara (Pindaan 1993) dan Enakmen Industri Berasaskan Kayu (1989). Melalui akta ini, tindakan undang-undang dapat diambil dan hukuman berat boleh dikenakan terhadap pihak yang melakukan kegiatan pembalakan haram atau pencerobohan hutan.
Pertubuhan Alam Sekitar.
Malaysia bekerjasama dengan negara-negara ASEAN untuk menjaga , memelihara dan memulihara hutan mengikut Persetujuan Jakarta 1981. Badan-badan seperti Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF), Persetujuan Pencinta Alam (MNS) , dan FRIM berusaha untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya memelihara dan memulihara alam sekitar.
16.3 Cadangan Langkah Lanjutan untuk Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar.
Pemuliharaan Bekas Lombong
Pakar perhutanan dari FRIM telah membuat kajian dan mendapati bahawa spesis pokok tembusu, batai dan gelam dapat ditanam di kawasan bekas lombong yang ditinggalkan. Spesis-spesis ini dapat menghasilkan kayu api atau serpihan kayu untuk dibuat kertas. Pokok akasia dapat juga ditanam di kawasan ini. Spesis ini akan menghasilkan balak dan meyuburkan tanih. FRIM telah berjaya menanam pokok akasia dikawasan bekas lombong bijih timah di Batang Berjuntai, Selangor.
Undang-undang Perlindungan Flora
Kerajaan negeri Sarawak telah mengubal undang-undang untuk melindungi beberapa spesis flora. Beberapa spesis pokok bakau, periuk kera, orkid dan palma dan semua spesis Rafflesia diharamkan dipungut untuk dijual. Hukuman berat dikenakan terhadap orang yang melakukan perbuatan tersebut.
Orang ramai perlu sedarakan kepentingan mengitar semula kertas. Permintaan terhadap kertas untuk penerbitan surat khabar, buku dan majalah semakin meningkat. Pada tahun 2000, kerajaan Malaysia membelanjakan kira-kira RM 4 juta setiap bulan untuk mengimport 23 000 tan kertas bagi tujuan ini. Jumlah ini dijangka akan meningkat dari setahun ke setahun.
Perlindugan Hidupan Liar.
Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak mempunyai undang-undang sendiri untuk melindungi hidupan liar. Namun begitu, undang-undang ini masih tidak dapat melindungi spesis yang diancam kepupusan. Perburuna haram masih berlaku dengan berleluasa. Kawalan yang lebih ketat perlu dilaksanakan dan lebih banyak kawasan yang perlu dijadikan kawasan perlindungan hidupan liar. Orang ramai perlu juga diberi penerangan untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya memelihara hidupan liar kita.
没有评论:
发表评论